Keanggotaan

  1. Keanggotaan terbuka kepada kakitangan kerajaan, badan-badan berkanun kerajaan, anak syarikat milik penuh kerajaan yang diswastakan dan berkhidmat di negeri Kedah Darul Aman sahaja dan berstatus tetap.
  2. Pemohon hendaklah mengisi borang anggota baru (KPNK 1)  yang  boleh muat turun di laman sesawang kppknk atau boleh diambil di ibu pejabat koperasi.
  3. Pemohon hendaklah sertakan bersama salinan slip gaji terkini dan salinan kad pengenalan yang disahkan bersama-sama borang keanggotaan.
  4. Borang yang lengkap diisi bolehlah diserahkan atau dipos ke pejabat koperasi untuk diproses.
  5. Borang yang siap diproses akan dibawa masuk dalam mesyuarat pengurusan dan kelulusan akan diputuskan dalam mesyuarat lembaga.
  6. Permohon yang permohonannya diluluskan dalam mesyuarat lembaga akan dipanggil untuk menghadiri taklimat keanggotaan di pejabat koperasi mengikut tarikh yang akan dimaklumkan melalui surat yang dihantar oleh pihak koperasi. Kehadiran adalah wajib.
  7. Anggota akan dikenakan yuran masuk RM 25.00 dan bayaran syer RM 10.00 bagi anggota pertama dan bagi anggota KEDUA bayaran masuk dikenakan sebanyak RM 50.00.
  8. Anggota akan diberi taklimat sendiri oleh Ahli Lembaga Koperasi pada tarikh yang ditentukan.
  9. Nombor anggota akan diberikan bersama – sama resit bayaran masuk selepas taklimat berakhir.
  10. Maklumat bayaran bulanan akan dihantar melalui surat bersama – sama borang tanggungan waris dan borang penama untuk di isi oleh anggota koperasi.

Manfaat Menjadi Anggota
  1. Kemudahan Pembiayaan
  2. Pembiayaan Tunai/Peribadi
  3. Pembiayaan Motosikal
  4. Pembiayaan Tayar
  5. Pembiayaan Perabut
  6. Pembiayaan Komputer
  7. Pembiayaan Telefon Bimbit
  8. Pembiayaan Minyak Petrol
  9. Pembiayaan Cukai Jalan Dan Insuran Kenderaan Takaful
  10. Dividen Tahunan
  11. Derma Siswa
  12. Ar Rahnu (Pajak Gadai Islam)
  13. Khairat Kematian
    • Anggota Koperasi
      • 10 Thn ke bawah RM 4,000
      • 10 Thn 1 hr – 20 Thn RM 8,000
      • 20 Thn 1 hr – 30 Thn RM 10,000
      • 30 Thn 1 hr – Ke Atas RM 12,000
    • Suami/Isteri Anggota = Rm 2,000.00
    • Ibu/Bapa Anggota = Rm 500.00
    • Anak Anggota = Rm 500.00

     

Yuran keanggotaan setiap anggota minima RM 40.00 sebulan dan derma kematian RM 10.00.