Keanggotaan
Keanggotaan Terbuka Kepada Kakitangan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun Kerajaan, Anak Syarikat Milik Penuh Kerajaan Yang Diswastakan Dan Berkhidmat Di Negeri Kedah Darul Aman sahaja dan berstatus tetap. Keanggotaan terkini hampir 4000 orang.
Promosi Minyak Pelincir Shell Helix
Promosi Minyak Pelincir Shell Helix dengan model-model kereta Ferrari untuk anda kumpulkan. Dari 20 Mac Hingga 30 April 2017.
Dikemaskini Pada 21-03-2017
Mentor Bengkel 'Coaching' Ar Rahnu (Bukan Francais)
KPPKNK di lantik sebagai mentor kepada Program Bengkel 'Coaching' Ar Rahnu (Bukan Francais). Bengkel ini telah berjaya dilaksanakan pada 28 Feb - 1 Mac 2017 di Hotel Georgetown City, Pulau Pinang.
Seramai 30 peserta turut hadir dalam bengkel ini yang terdiri daripada wakil-wakil koperasi kredit dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Dikemaskini Pada 08-03-2017
Lawatan KOSPEK Sabak Bernam
KPPKNK telah dikunjungi oleh KOSPEK Sabak Bernam pada 12 Februari 2017. Turut hadir bersama Dato' Pengerusi, Tuan Setiausaha, Tuan Bendahari dan Pengurus Besar Koperasi. Taklimat disampaikan oleh Dato' Hj Mat Rejab Bin Kasim.
Dikemaskini Pada 13-02-2017
Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Akaun)
| NAMA JAWATAN | Pembantu Tadbir (Akaun) |
| BAHAGIAN | Bahagian Perniagaan Gas Petron |
| TANGGAGAJI | RM1,200.00 x RM50.00 – RM2,400.00 |
| TARIKH TUTUP | 20 Februari 2017 |
Dikemaskini Pada 06-02-2017
PENGESAHAN BAKI AKAUN TAHUN 2016
Koperasi telah menghantar penyata pengesahan baki akaun bagi tahun 2016.
Sila berikan pengesahan dengan menandatangani keratan sebelum atau pada 26/01/2017. Sekiranya Koperasi tidak menerima apa-apa jawapan dari Tuan/Puan, Koperasi menganggap Tuan/Puan bersetuju dengan baki yang dinyatakan.
Dikemaskini Pada 21-01-2017
Undang-Undang Kecil & Aturan-Aturan Koperasi
Muatturun Sekarang
Undang-Undang Kecil & Aturan-Aturan Koperasi cetakkan 2016.
Dikemaskini Pada 17-01-2017
| Mula | Kembali | Seterusnya | Akhir |
| (Jumlah Pelawat : 1117121) | |||

















