Pencalonan Anggota Lembaga Koperasi 2017 - 2019

Kepada : Semua Anggota

 

Bagi tujuan pemilihan untuk menjadi ALK, anggota yang ingin membuat pencalonan perlu mengisi Borang Pencalonan yang boleh diperolehi di pejabat Koperasi.

 

Borang tersebut yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Setiausaha sebelum atau pada hari Rabu 15/02/2017.

 

Muat Turun Notis Pencalonan ALK 2017

Muat Turun Borang Pencalonan ALK 2017

 

Menurut Undang-Undang Kecil 35, tiada seorang pun layak menjadi anggota Lembaga atau kekal sebagai seorang anggota Lembaga, jika dia -

 

  1. telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta;
  2. telah dipecat sebagai seorang pegawai sesuatu koperasi;
  3. menjadi anggota Jawatankuasa Audit Dalaman bagi Koperasi ini;
  4. ada percanggahan kepentingan diri dalam mana-mana aktiviti yang diusahakan oleh Koperasi ini;
  5. belum genap tempoh lima tahun menjadi anggota.
Tarikh : 09-01-2017