Notis Privasi
Notis Privasi ini menggariskan cara Koperasi mengumpul, menggunakan, menyimpan dan mendedahkan data peribadi anda berhubung dengan urus niaga serta cara Koperasi melindungi data peribadi tersebut mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. |
Persetujuan anda adalah penting |
Apabila anda meminta maklumat atau melanggan produk dan perkhidmatan kami, anda akan dikehendaki memberikan data peribadi anda kepada Koperasi. Dengan berbuat demikian, anda bersetuju dengan penggunaan data peribadi anda oleh Koperasi menurut Notis Privasi ini. Kami mengumpul data peribadi sensitif anda (termasuk data berkaitan CCRIS) apabila anda memohon produk tertentu seperti pembiayaan yang menghendaki anda supaya mendedahkan data peribadi sensitif tersebut kepada pihak kami. Kami hanya akan menggunakan data peribadi sensitif anda untuk menyediakan perkhidmatan yang anda langgan. Jika kami mengumpul, menggunakan, menyimpan atau mendedahkan data peribadi sensitif anda, kami akan mendapatkan persetujuan eksplisit anda. |
Apakah jenis data peribadi yang kami kumpul? |
Data peribadi merujuk apa-apa maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan individu, yang dikenal pasti atau dapat dikenal pasti daripada maklumat itu atau daripada maklumat itu dan maklumat lain yang dimiliki oleh Koperasi, termasuk apa-apa data peribadi sensitif dan pendapat yang dinyatakan, rakaman video dibuat melalui kamera litar tertutup yang diletakkan atas sebab-sebab keselamatan tentang individu tersebut. Jenis data peribadi yang kami kumpul mungkin termasuk, tetapi tidak terhad pada, nama, alamat, nombor kad pengenalan atau pasport, maklumat perhubungan lain (termasuk maklumat keluarga/pekerja), umur, pekerjaan, tempat lahir, status perkahwinan, maklumat dan rujukan kewangan seperti butiran pendapatan anda. |
Bagaimanakah kami mengumpul data peribadi anda? |
Kami memperoleh data peribadi anda dengan pelbagai cara, seperti:
|
Apakah tujuan pemprosesan data peribadi anda? |
Kami mungkin memproses data peribadi anda untuk sebab berikut:
|
Kepada siapakah kami mendedahkan data peribadi anda? |
Data peribadi anda yang kami pegang akan dirahsiakan. Walau bagaimanapun, bagi membolehkan kami menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda secara berkesan dan berterusan serta mematuhi apa-apa keperluan undang-undang dan peraturan, kami mungkin perlu mendedahkan data peribadi anda kepada:
Kami akan berkongsi data peribadi anda dan anda mungkin menerima makluman pemasaran daripada pihak kami atau entiti lain tentang produk dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda. Jika anda berhasrat untuk tidak mahu menerima makluman pemasaran ini, sila maklumkan kepada pihak kami untuk menarik balik persetujuan anda dan kami akan berhenti memproses dan berkongsi data peribadi anda dengan entiti lain untuk tujuan penghantaran makluman pemasaran kepada anda. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, penarikan tersebut tidak termasuk pemprosesan data peribadi mandatori. Anda mempunyai pilihan untuk menarik balik persetujuan anda untuk penerimaan bahan/makluman pemasaran atau promosi. Anda boleh menghubungi kami menggunakan maklumat hubungan yang diberikan di bawah. Sila ambil maklum bahawa sebaik sahaja kami menerima pengesahan tentang permintaan untuk menarik balik persetujuan anda untuk menerima bahan/makluman pemasaran atau promosi, ia mungkin mengambil masa sehingga empat belas (14) hari bekerja sebelum penarikan balik persetujuan anda dipaparkan dalam sistem kami. Oleh itu, anda mungkin masih menerima bahan/makluman pemasaran atau promosi semasa tempoh tersebut. Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda memilih untuk tidak lagi menerima bahan pemasaran atau promosi, Koperasi mungkin masih menghubungi anda untuk tujuan lain berhubung dengan akaun, produk, kemudahan atau perkhidmatan yang anda pegang atau langgan dengan Koperasi. |
Bagaimanakah kami melindungi data anda? |
Keselamatan data peribadi anda merupakan keutamaan kami. Koperasi mengambil semua langkah fizikal, teknikal dan organisasi yang diperlukan untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan data peribadi. Jika kami mendedahkan apa-apa data peribadi anda kepada ejen atau penyedia perkhidmatan kami yang diberi kuasa, mereka dikehendaki melindungi data peribadi yang diberikan kepada mereka sewajarnya. |
Berapa lamakah kami boleh menyimpan data peribadi anda? |
Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan atau untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan serta keperluan dalaman. |
Perubahan pada Notis Privasi ini |
Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin mengemas kini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Jika terdapat perubahan ketara pada Notis Privasi ini, kami akan memberitahu anda dengan memaparkan notis tentang perubahan tersebut di laman web kami atau menghantar pemberitahuan kepada anda secara terus. Semak semula Notis Privasi ini dari semasa ke semasa supaya anda sentiasa maklum tentang cara kami melindungi maklumat anda. Notis Privasi ini telah dikemaskini pada Disember 2015. |
Bagaimanakah anda boleh membetulkan/mengemaskini data peribadi anda? |
Kami komited untuk memastikan data peribadi anda yang kami pegang adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Jika terdapat apa-apa perubahan pada data peribadi anda atau jika anda percaya bahawa data peribadi anda yang kami pegang adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan yang terkini, sila hubungi Koperasi supaya kami boleh mengambil langkah untuk mengemas kini data peribadi anda. |
Bagaimanakah anda boleh mengakses data peribadi anda? |
Anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda. Jika anda ingin mengakses data peribadi anda, sila isi Borang Permintaan Akses yang boleh didapati di Khidmat Pelanggan (kaunter) kami dan hantar melalui e-mel di alamat kppknk@kopkedah.com.my atau serah borang di kaunter. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin mengenakan fi yang rendah bergantung pada maklumat yang diminta. Kami juga mungkin mengambil langkah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan anda untuk mengakses data peribadi anda. |
Bagaimanakah anda boleh menghubungi kami? |
ika anda perlu menghubungi kami, anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan kami, menelefon Khidmat Pelanggan kami di talian 04-7311144, 04-7310799 dan 04-7348741 atau melayari www.kopkedah.com.my. Jika terdapat percanggahan antara Notis Privasi ini dengan terma dan syarat produk atau perkhidmatan tertentu berkenaan cara kami mengumpul atau menggunakan data peribadi anda, terma dan syarat produk atau perkhidmatan tertentu akan terpakai. |