Penafian
Maklumat yang terkandung dalam laman Web ini disediakan ‘sepertimana’ tanpa sebarang bentuk waranti, tersurat atau tersirat, termasuk yang berkaitan dengan ketepatan atau lengkap tidaknya maklumat itu, waranti atau kesesuaian untuk diperdagangkan, kesesuaian bagi satu-satu tujuan tertentu, hak milik dan bukan pelanggaran. Keseluruhan risiko kepada hasil dan pencapaian daripada maklumat tersebut ditanggung oleh pengguna.
Dalam apa keadaan pun kopkedah.com.my dan syarikat-syarikat bersekutu dengannya tidak boleh dipertanggungjawabkan atas apa-apa bentuk kerosakan sekalipun (termasuk tanpa pengehadan kepada perkara-perkara yang menyebabkan kehilangan keuntungan, data, hasil pendapatan atau gangguan perniagaan) yang timbul daripada penggunaan ini, tidak boleh menggunakan, atau akibat daripada penggunaan maklumat dalam Laman Web ini atau mana-mana tapak yang ada pautan dengan kopkedah.com.my, atau berkaitan dengan atau disebabkan oleh pengoperasian, peruntukan atau penggunaan Laman Web ini. Tanpa mengehadkan yang disebut di atas, kopkedah.com.my atau syarikat-syarikat bersekutu dengannya tidak boleh dipertanggungjawabkan atas apa-apa kerosakan tertentu, langsung, tak langsung, sampingan, atau akibat langsung yang mungkin berlaku daripada penggunaan Laman Web ini sama ada yang timbul di bawah perjanjian, kecuaian, tort, atau mana-mana undang-undang lain atau akibat daripada apa-apa tindakan.
Semua kandungan dan maklumat dalam kopkedah.com.my boleh diubah atau dikemaskinikan tanpa notis. kopkedah.com.my juga boleh membuat perubahan atau penambahbaikan tanpa notis.
Pautan Laman Web Luar
Kami tidak bertanggungjawab atas kandungan atau pengumpulan maklumat yang dilakukan di tapak-tapak luar yang ada pautan dengan laman Web ini atau tapak-tapak luar yang dipaut dengan laman Web ini.
Rujukan Produk dan Perkhidmatan
Rujukan yang terdapat dalam tapak ini kepada mana-mana produk komersial atau bukan komersial, proses, atau perkhidmatan menggunakan nama dagang, cap dagang, pengilang tertentu atau sebaliknya tidak merupakan atau menandakan satu sokongan atau lebih digemari oleh kopkedah.com.my. Pandangan dan pendapat pengarang kandungan yang disiarkan oleh kopkedah.com.my tidak semestinya menyatakan atau menggambarkan pendapat kopkedah.com.my atau pemiliknya, dan tidak boleh digunakan untuk tujuan pengiklanan atau sokongan kepada produk.
Terma
Terma Pengguna
Terma Penggunaan ini berkaitan dengan penggunaan anda ke atas www.kopkedah.com.my, semua sub-domainnya dan semua perkhidmatan yang berkaitan, tetapi tidak terbatas kepada, e-mel yang diterima daripada localhost.com dan semua sub-domainnya dan kandungan yang terangkum dalam laman Web yang lain (secara kolektifnya “Laman Web”). Sekiranya anda melayari atau cuma menggunakan Laman Web ini, anda menerima Terma Penggunaan ini. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma Penggunaan ini, harap anda tidak mengakses atau menggunakan Laman Web ini. Anda selanjutnya bersetuju bahawa Unit IT dan Kakitangannya tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan secara langsung, tidak langsung, sampingan, punitif atau akibat langsung berhubung maklumat, perkhidmatan, atau kandungan yang terdapat dalam atau yang diakses melalui Laman Web ini.
Ketepatan Maklumat
Kami berusaha untuk memberikan maklumat yang terkini dan kualiti yang tertinggi. Namun, maklumat dan bahan dalam Laman Web ini mungkin mengandungi kesilapan dan kurang tepat, termasuklah kesilapan tipografi dan substantif. Rekod-rekod rasmi sentiasa mengatasi maklumat yang terkandung dalam Laman Web ini. Walaupun setiap ketelitian dilaksanakan dalam menyusun dan menerbitkan kandungan dalam Laman Web ini, bagaimanapun kami tidak mengambil tanggungjawab atas kesilapan dan apa-apa yang tidak dimasukkan dalam kandungan. Maklumat daripada sumber lain yang dilekapkan dalam Laman Web ini barangkali tidak keseluruhannya boleh dipercayai, dan kami tidak menjamin kesesuaiannya bagi apa-apa tujuan pun. Kemungkinan terdapat pautan dalam Laman Web yang ada kaitan dengan maklumat yang diselenggarakan oleh pihak ketiga dan kami tidak bertanggungjawab atas tepat atau tidaknya maklumat itu atau mana-mana aspek maklumat itu yang diperoleh daripada pautan seperti itu. Kami tidak membuat jaminan tentang ketepatan atau kualiti maklumat yang disimpan dalam Laman Web ini. Jika maklumat yang mengelirukan, tidak tepat atau juga tidak sesuai dibawa kepada perhatian kami, usaha yang sewajarnya akan dilakukan untuk membetulkan atau membuangnya.
Kami mempunyai hak, mengikut budi bicara kami sendiri, tanpa apa-apa kewajipan dan tanpa apa-apa notis, untuk menghentikan, mengubah atau membetulkan maklumat, bahan dan penerangan dalam Laman Web dan untuk menggantung atau menafikan akses kepada Laman Web untuk penyelenggaraan yang berjadual atau tidak berjadual, pengemaskinian, penambahbaikan atau pembetulan. Apa-apa maklumat yang bertarikh diterbitkan berdasarkan tarikhnya sahaja, dan kami tidak bertanggungjawab untuk mengemaskinikan atau meminda apa-apa maklumat yang berkenaan. Segala usaha akan dibuat untuk memastikan maklumat yang boleh dimuat turun adalah bebas daripada virus, cacing atau ulat (atur cara yang memadamkan data daripada ingatan komputer secara perlahan-lahan), kuda Troy (atur cara komputer yang berfungsi sebagai umpan, kononnya berfaedah tetapi sebenarnya mengandungi suruhan yang diletakkan oleh pencipta atur cara untuk menceroboh keselamatan sistem komputer apabila atur cara digunakan) dan jenis-jenis lain lagi yang bersifat pemusnah. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan yang berakibat daripada serangan atur cara pemusnah tersebut.
Pembatasan Penggunaan
Sebagai satu syarat penggunaan Laman Web ini, anda hendaklah tidak menggunakan Laman Web ini atau kandungannya untuk apa-apa tujuan yang salah dari segi undang-undang atau yang dilarang penggunaannya mengikut Terma Penggunaan ini. Anda hendaklah jangan cuba mengakses tanpa kebenaran ke dalam Laman Web ini, atau sistem komputer atau rangkaian yang ada kaitan dengan Laman Web ini, dengan menggodam, mendapatkan kata laluan dan data, atau apa-apa cara untuk memintasi prosedur keselamatan. Anda hendaklah tidak menggunakan Laman Web ini dengan apa cara sekalipun yang boleh merosakkan, menghilangkan keupayaan, terlalu membebani, atau melemahkan Laman Web atau mana-mana perkhidmatan yang kami sediakan, atau mengganggu penggunaan dan kepuasan mana-mana pihak lain daripada menggunakan Laman Web ini.
Kandungan Sumbangan Pengguna
Kami tidak menjamin ketepatan, keutuhan, kualiti, kesempurnaan, atau kebergunaan kandungan yang dilekapkan oleh pengguna dalam Laman Web kami, dan kami tidak memberikan sokongan kepada mana-mana kandungan yang dilekapkan oleh pengguna kami. Adalah menjadi tanggungjawab pengguna Laman Web kami untuk menilai ketepatan, kesempurnaan atau kebergunaan mana-mana kandungan yang dilekatkan kepada Laman Web kami oleh pengguna-pengguna lain. Tanpa menjejaskan perkara ini, kopkedah.com.my mempunyai hak untuk mengedit, membuang atau menafikan akses kepada kandungan yang didapati, mengikut budi bicara kami, tidak boleh diterima.