Keanggotaan
Keanggotaan Terbuka Kepada Kakitangan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun Kerajaan, Anak Syarikat Milik Penuh Kerajaan Yang Diswastakan Dan Berkhidmat Di Negeri Kedah Darul Aman sahaja dan berstatus tetap. Keanggotaan terkini hampir 4000 orang.
100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2024
Tahniah warga KPPKNK di atas pengiktirafan sebagai Koperasi KE - 8 Terbaik di Malaysia Tahun 2024 dalam Anugerah Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Anugerah ini telah di sampaikan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh dan diiringi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick.
Turut hadir Pengerusi KPPKNK, Tuan Haji Anuar bin Ibrahim dan Bendahari KPPKNK, Tuan Haji Munir bin Badrul Jamil dalam majlis ini.
Semoga kejayaan ini akan berterusan pada masa akan datang dan koperasi akan tetap terus mara ke hadapan. Insyaallah.
Syabas dan Tahniah kepada semua
Dikemaskini Pada 10-09-2024
Muat Turun Buletin Edisi Julai - Ogos 2024
➯ Muat Turun Buletin Edisi Julai-Ogos 2024
Dikemaskini Pada 01-09-2024
Koperasi Terbaik Negeri Kedah 2024
Sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) Peringkat Negeri Kedah telah diadakan pada 24 dan 25/07/2024. Kemuncak sambutan HKN di Hotel RAIA Alor Setar adalah pengisytiharan koperasi terbaik di Peringkat Negeri Kedah.
Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Berhad telah dinobatkan di tempat pertama sebagai Koperasi Terbaik Negeri Kedah. Manakala Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Daerah Kulim di tempat kedua dan Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad di tempat ketiga.
KPPNK juga telah membuka ruang pameran berkaitan produk-produk Koperasi. Semua pengunjung ke reruai Koperasi telah diberikan cenderahati Koperasi.
Dikemaskini Pada 25-07-2024
Tawatan Derma Siswa 2024
Muat Turun Surat Dan Borang Dermasiswa 2024
➯Surat Dermasiswa 2024
➯Borang Dermasiswa 2024
Dikemaskini Pada 04-07-2024
MAKLUMAN KEPADA SEMUA ANGGOTA
MAKLUMAN KEPADA SEMUA ANGGOTA
BAYARAN DIVIDEN 2023 AKAN DIKREDITKAN KE DALAM AKAUN ANGGOTA BERMULA PADA 04 JULAI 2024 [KHAMIS].
ATAU BOLEH SEMAK JUMLAH BAYARAN DIPAUTAN BERIKUT :
➯Pautan E Dividen
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA.
Dikemaskini Pada 03-07-2024
Muat Turun Buletin Edisi April - Jun 2024
➯ Muat Turun Buletin Edisi April-Jun 2024
Dikemaskini Pada 02-07-2024
| Mula | Kembali | Seterusnya | Akhir |
| (Jumlah Pelawat : 5081) | |||


















